assalamualaikum ....
pada kali tiada yang ingin ana ceritakan ,tetapi hanya sedikit ilmu untuk dikongsi bersama..
ianya adalah berkenaan bersugi atau pun dengan bahasa mudah nya ialah monggosok gigi,mungkin ramai dikalangan kita menganggap ianya adalah sesuatu remeh,akan tetapi tahukah kita bahawa bersugi adalah sunnah rasulullah salallahu 'alaihi wasallam yang sangat dituntut.
sebagaimana sabda rasulullah salallahu 'alaihi wasallam :
"لو لا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك"
yang bermaksud:
"kalaulah (bersugi) tidak membeban keatas umatku,nescaya akan aku perintahkan mereka untuk bersugi setiap kali hendak mengambil wuduk"
atau megikut riwayat yang lain,
"setiap kali hendak menunaikan solat"
oleh yang demikian para ulama' menyatakan bahawa,"solat sunat 2 rakaat dengan bersugi adalah lebih baik daripada solat sunat 70 rakaat tanpa bersugi"
dengan itu dapatlah kita ketahui bahawa bertapa besarnya pahala bersugi yang mungkin selama ini ramai yang menganggap bahawa bersugi adalah sesuatu yang remeh dan dengan ini jugalah dapat kita ketahui bahawa besar kelebihan amalan yang mudah ini.
"renung-renungkan dan selamat beramal"