Alhamdulillahi rabbil 'aalamin,bersyukur kehadrat Allah taala kerana dengan limpahan rahmatNya dapat lagi kita semua hidupdi bumi Allah taala ini dengan dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam ,kerana dengan nikmat inilah yang melayakkan kita semua mendapat syurga Allah ,insyaallah ,
apa yg ana ingin kongsikan disini adalah,firman Allah taala:
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
"كتب عليكم القتال وهو كره لكم عسى ان تكرهوا شيأ وهو خيرلكم وعسى ان تحبوا وهو شرلكم والله يعلم وانتم لا تعلمون"
maksudnya"
-"diwajibkan keatas kamu berperang , padahal ianya sesuatu yang tidak kamu senangi, boleh jadi apa yang kamu tidak senangi itu sesuatu yang baik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang yang kamu sukai itu sesuatu yang tadak baik bagi kamu, dan sesungguhnya Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mangetahui"
apa yang dapat kita ambil daripada ayat ini adalah ,apabila berkait dengan kehidupan seharian kita, sudah tentu terjadinya perkara2 yang kita senangi dan juga perkara yang tidak kita senangi , kita perlu ingat bahawa perkara2 baik yang berlaku pada kita mungkin barangkali ianya adalah ujian daripada Allah kepada kita , yang ramai dari kalangan kita yang menganggap ianya bukanlah suatu ujian dari Allah, contohnya kekayaan ,pada pandangan zahir ianya bukanlah satu ujian pada kita tetapi pada hakikatnya ia adalah satu ujian dari Allah kerana dengan kekayaan inilah yang menyebabkan ramai dari kalangan kita menjadi sesat dan jauh daripada mengingati Allah dengan sebab kekayaan tersebut نعوذ بالله من ذلك , dan kita juga perlu ingat bahawa perkara2 yang tidak baik yang berlaku pada kita tidak semestinya ia adalah musibah dari Allah taala akan tetapi mungkin barangkali ianya sesuatu yang baik bagi kita , contohnya tayar motosikal kita pancit dalam perjalanan kita, pada zahirnya kita akan melihat ianya suatu musibah akan tetapi pada hakikatnya mungkin dengan Allah takdirkan tayar itu pancit adalah untuk mengelakkan musibah yang lebih besar, contohnya jika tayar tersebut tidak pancit , mungkin kita akan mengalami kemalangan dan sebagainya , jadi begitulah hikmahnya disebalik perkara2 yang kita tidak sukai berlaku pada dari kita ......
jadi begitulah sedikit sebanyak yang dapat dan mampu ana kongsikan dengan antum semua , semoga dapat kita ambil pengajaran daripada apa yang ana kongsikan, jadi untuk akhirnya apa yang abik datang daripada Allah taala yang maha bijaksana, dan yang lemah serta kekurangan datangnya daripada diri ana yang lemah ini...
akhirnya, marilah sama2 kita merenung kata2 saidina Ali (كرم الله وجهه):
"انظر الى قال ولا تنظر الى من قال"
lihatlah kamu pada apa yang yang diucapkan ,da jangan kamu lihat pada orang yang berucap...."
والله اعلم.