Sememangnya nampak merumitkan bagi yang tidak pernah menggunakan alat penulisan yang dipanggil handam ni... ia berasal dari batang resam yang tumbuh meliar di lereng-lereng bukit, mudah di jumpai, tetapi sangat sukar untuk dapatkan yang terbaik...kalau nak dinisbahkan antara sepuluh pohon, hanya satu pohon yang betul2 elok untuk digunakan, ianya mestilah stright dan tidak terlalu halus atau terlalu kasar, kemudian nak kene jemur sampai betul2 kering, sebab bila dah kering barula nampak ianya boleh pakai atau tidak, ini kerana handam yang tidak berkualiti akan pecah semasa proses pengeringan, semasa merautnya pun mesti nak kene tau cara2 yang betul, kerana keseimbangan bentuk hirisan perlu dititik beratkan untuk mendapat hasil tulisan yang selesa dan baik...
Mula2 menggunkannya memang sangat cerewet dan membosankan, nak kene celup acap kali, kadang2 tu dakwat tak turun atau dakwat terlalu banyak melekat pada pena, tetapi kalau kita tau kendalikannya dengan bancuhan dakwat yang sempurna, kelicinan mata pena dihalusi, sukatan benang sutera atau spam mengikut kesesuaian... saya percaya kalian akan rasa seronok dan merasakan handam ini lebih baik dari pen yang dijual kat kedai dengan harga RM 5.00 dan mudah rosak tu...hinggakan dengan satu batang handam boleh menulis 30 juzuk mus-haf Al-Quran, percaya x percaya...cuba lah sendiri...kerana saya dah alaminya... :-)
Thursday, May 7, 2009
Posted by Ahmad Idham at Thursday, May 07, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment