BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 26, 2009

berlalu lah sudahhh.......

assalamualaikum .....

buat semua sahabat ana yang dimuliakan. harapan ana agar antum semua berada dalam keadaan
taat kepada Allah subhanahu wa taala.
amin ...amin ....amin ya rabbal 'alamin.

alhamdulillah.....
dengan izin Allah taala ...telah berlalu nya al-imtihan akhir sanah yang semang nya agak susah bagi mereka2 tidak di permudahkan oleh Allah taala bagi diri nya...dan ana menganggap ianya satu ujian dari Allah taala terhadap diri ana .dan ana juga menganggap ia sebagai ujian bagi diri ana untuk berjaya di dunia dan hari akhirat yang pasti akan datang....

dan dengan izin Allah juga lah ana dapat menjawab semua soalan dalam semua maddah yang ana hadapi..tetapi ana juga akui bahawa terdapat sebahagian maddah yang ana tidak dapat menjawab dengan baik.dan ana rasa bahawa ianya berpunca daripada kelemahan diri ana sendiri yang lalai dengan perkara2 yang sia2 lagi membuang masa...dari menghafal perkara2 yang sepatut nya ana hafal untuk persediaan dalam imtihan nanti ...

tetapi yang sudah berlalu tidak akan kembali.tetapi walau apa pun yang terjadi ana tetap bersyukur kehadrat Allah taala kerana pada hari ini ana masih lagi mendapat dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman & nikmat islam yang tidak terhingga.....berbanding nikmat2 yang lain2 nya.....

ana juga berharap pada Allah subhanahu wa taala agar ana mendapat keputusan yang cemerlang di dalam imtihan kali ini..ana berdoa kehadrat Allah agar dijauhkan daripada ujub ,takabbur,riak,bangga diri dan dari segala sifat mazmumah dan sentiasa berada di jalan jihad fi sabilillah....dan marilah sama2 kita berdoa....

"....Ya Allah terangi lah hatiku dengan cahaya hidayahmu ...sepertimana engkau menerangi dunia dengan cahaya matahari mu ...wahai tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasihani....."

amin...amin...amin....ya rabbal 'alamin....... taqabballallahu minna wa minkum.......

setakat ini sahaja pertemuan kita kali ini...akhir kalam apa yang baik daripada Allah dan segala apa kurang datang dari kelemahan ana sendiri...wallahu'alam....

wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.......

0 comments: