BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 1, 2011

ORANG ISLAM HARI INI….

Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati

Ia terjadi pada manusia hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting dari segala-galanya.sebagai contoh, kadang-kadang kita dapat lihat seorang muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan islam itu sendiri.

Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur,paling tidak menunaikan solat fardu subuh, itupun bukan dalam keadaan berjamaah,samaada di masjid ,surau ataupun menjadi iman di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Kalau pada hujung minggu ,lepas solat tidur semula,tidak berapa terikat dengan kuliah subuh,pembacaan Al-quran,membaca ikir ma’tsurat,kaunseling diri,isteri dan anak-anak atau apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi iman kepada Allah.

Bangunselepas itu bersarapan pagi,kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersam keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat.

Tetati persoalannya disini,kenapa elemen-elemen agama tidak termuat didalam diari atau agenda harian hidup seorang muslim.

Apakah kita rasa sudah cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian?

Ilmu agama yang terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah,kemudian melanjunkan pelajaran ke peringkat M.A atau PhD.selepas daripada itu,menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan,sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk.kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan dengan rumah.

HATI MENJADI KERAS

Rasulullah s.a.w. pada penhujung hayatnya,pernah memannggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Saidina Ali bin Abi Talib.baginga mewasiatkan kepadanya :Wahai Ali! jika berlalu di kalangan orang islam 40 kari sahaja, mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu(fardu ain),maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk.Pertama hatinya menjadi keras(sukar untuk menerima petunjuk Allah atau segala kabaikan).kedua ,berani pula melakukan dosa besar.

Insan bernama muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama mereka sendiri.sudahlah tidak mahu menjadi orang yang faham agama,melakukan dosa pula.si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa hijab (tudung kepala) . si ayah pula membiarkan anak-anak perempuan mereka tidak berhijab dan menampakkan pusat-pusat mereka. Anak lelaki tidak mengenal huruf-huruf Al-quran dan ada yang tidak tahu mandi junub(hadas atau mandi wajib).kesemua itu implikasi daripada tidak hadir dan duduk di didalam majlis-majlis ilmu.

Ada antara para ibubapa muslim seronok melihat anak mereka Berjaya dalam bidang hiburan,daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. Apa yang pasti penampilah anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak , tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama islam.

Seolah-olah islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai bidang dalam kehidupan dunia. Tetapi mereka lupa,bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud,”sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu(agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu,dan jika mahukan kedua-duanya sekali, juga mestilah dengan ilmu.”

Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang islam pada zaman ini. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah seperti terlibat dengan rasuah, keruntuhan moral serta harga diri,tidak berakhlak,meninggalkan solat,penagihan dadah,mentadbir Negara bukan dengan hukum Allah dan semua masalah itu tidak dapat diselesaikan kecuaili menerima penyelesaian daripada Allah juga ,iaitu pelaksanaan hukum2 islam dan sunnah (hadis)Nabi Muhammad s.a.w.

Tanpa pelaksanaan hukum2 islam itu menandakan bahawa manusia menolak Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat, dan Negara mereka.

Mereka tidak akan bercakap mengenai mati, bekalan hari akhirat, persoalan alam syahadah atau pun tidak, semua ini tidak ada dalam kamus kehidupan manusia hari ini, kerana mereka sudah semakin jauh daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim.

renung-renungkan dan selamat beramal!!!

0 comments: