BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 1, 2011

ORANG ISLAM HARI INI….

Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati

Ia terjadi pada manusia hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting dari segala-galanya.sebagai contoh, kadang-kadang kita dapat lihat seorang muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan islam itu sendiri.

Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur,paling tidak menunaikan solat fardu subuh, itupun bukan dalam keadaan berjamaah,samaada di masjid ,surau ataupun menjadi iman di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Kalau pada hujung minggu ,lepas solat tidur semula,tidak berapa terikat dengan kuliah subuh,pembacaan Al-quran,membaca ikir ma’tsurat,kaunseling diri,isteri dan anak-anak atau apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi iman kepada Allah.

Bangunselepas itu bersarapan pagi,kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersam keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat.

Tetati persoalannya disini,kenapa elemen-elemen agama tidak termuat didalam diari atau agenda harian hidup seorang muslim.

Apakah kita rasa sudah cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian?

Ilmu agama yang terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah,kemudian melanjunkan pelajaran ke peringkat M.A atau PhD.selepas daripada itu,menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan,sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk.kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan dengan rumah.

HATI MENJADI KERAS

Rasulullah s.a.w. pada penhujung hayatnya,pernah memannggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Saidina Ali bin Abi Talib.baginga mewasiatkan kepadanya :Wahai Ali! jika berlalu di kalangan orang islam 40 kari sahaja, mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu(fardu ain),maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk.Pertama hatinya menjadi keras(sukar untuk menerima petunjuk Allah atau segala kabaikan).kedua ,berani pula melakukan dosa besar.

Insan bernama muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama mereka sendiri.sudahlah tidak mahu menjadi orang yang faham agama,melakukan dosa pula.si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa hijab (tudung kepala) . si ayah pula membiarkan anak-anak perempuan mereka tidak berhijab dan menampakkan pusat-pusat mereka. Anak lelaki tidak mengenal huruf-huruf Al-quran dan ada yang tidak tahu mandi junub(hadas atau mandi wajib).kesemua itu implikasi daripada tidak hadir dan duduk di didalam majlis-majlis ilmu.

Ada antara para ibubapa muslim seronok melihat anak mereka Berjaya dalam bidang hiburan,daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. Apa yang pasti penampilah anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak , tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama islam.

Seolah-olah islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai bidang dalam kehidupan dunia. Tetapi mereka lupa,bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud,”sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu(agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu,dan jika mahukan kedua-duanya sekali, juga mestilah dengan ilmu.”

Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang islam pada zaman ini. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah seperti terlibat dengan rasuah, keruntuhan moral serta harga diri,tidak berakhlak,meninggalkan solat,penagihan dadah,mentadbir Negara bukan dengan hukum Allah dan semua masalah itu tidak dapat diselesaikan kecuaili menerima penyelesaian daripada Allah juga ,iaitu pelaksanaan hukum2 islam dan sunnah (hadis)Nabi Muhammad s.a.w.

Tanpa pelaksanaan hukum2 islam itu menandakan bahawa manusia menolak Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat, dan Negara mereka.

Mereka tidak akan bercakap mengenai mati, bekalan hari akhirat, persoalan alam syahadah atau pun tidak, semua ini tidak ada dalam kamus kehidupan manusia hari ini, kerana mereka sudah semakin jauh daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim.

renung-renungkan dan selamat beramal!!!

Sunday, July 17, 2011


Alhamdulillahi rabbil 'aalamin,bersyukur kehadrat Allah taala kerana dengan limpahan rahmatNya dapat lagi kita semua hidupdi bumi Allah taala ini dengan dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman dan islam ,kerana dengan nikmat inilah yang melayakkan kita semua mendapat syurga Allah ,insyaallah ,

apa yg ana ingin kongsikan disini adalah,firman Allah taala:

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم

"كتب عليكم القتال وهو كره لكم عسى ان تكرهوا شيأ وهو خيرلكم وعسى ان تحبوا وهو شرلكم والله يعلم وانتم لا تعلمون"

maksudnya"
-"diwajibkan keatas kamu berperang , padahal ianya sesuatu yang tidak kamu senangi, boleh jadi apa yang kamu tidak senangi itu sesuatu yang baik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang yang kamu sukai itu sesuatu yang tadak baik bagi kamu, dan sesungguhnya Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mangetahui"

apa yang dapat kita ambil daripada ayat ini adalah ,apabila berkait dengan kehidupan seharian kita, sudah tentu terjadinya perkara2 yang kita senangi dan juga perkara yang tidak kita senangi , kita perlu ingat bahawa perkara2 baik yang berlaku pada kita mungkin barangkali ianya adalah ujian daripada Allah kepada kita , yang ramai dari kalangan kita yang menganggap ianya bukanlah suatu ujian dari Allah, contohnya kekayaan ,pada pandangan zahir ianya bukanlah satu ujian pada kita tetapi pada hakikatnya ia adalah satu ujian dari Allah kerana dengan kekayaan inilah yang menyebabkan ramai dari kalangan kita menjadi sesat dan jauh daripada mengingati Allah dengan sebab kekayaan tersebut نعوذ بالله من ذلك , dan kita juga perlu ingat bahawa perkara2 yang tidak baik yang berlaku pada kita tidak semestinya ia adalah musibah dari Allah taala akan tetapi mungkin barangkali ianya sesuatu yang baik bagi kita , contohnya tayar motosikal kita pancit dalam perjalanan kita, pada zahirnya kita akan melihat ianya suatu musibah akan tetapi pada hakikatnya mungkin dengan Allah takdirkan tayar itu pancit adalah untuk mengelakkan musibah yang lebih besar, contohnya jika tayar tersebut tidak pancit , mungkin kita akan mengalami kemalangan dan sebagainya , jadi begitulah hikmahnya disebalik perkara2 yang kita tidak sukai berlaku pada dari kita ......

jadi begitulah sedikit sebanyak yang dapat dan mampu ana kongsikan dengan antum semua , semoga dapat kita ambil pengajaran daripada apa yang ana kongsikan, jadi untuk akhirnya apa yang abik datang daripada Allah taala yang maha bijaksana, dan yang lemah serta kekurangan datangnya daripada diri ana yang lemah ini...

akhirnya, marilah sama2 kita merenung kata2 saidina Ali (كرم الله وجهه):

"انظر الى قال ولا تنظر الى من قال"
lihatlah kamu pada apa yang yang diucapkan ,da jangan kamu lihat pada orang yang berucap...."

والله اعلم.

Thursday, January 13, 2011

ilmu untuk dikongsi bersama...

assalamualaikum ....

pada kali tiada yang ingin ana ceritakan ,tetapi hanya sedikit ilmu untuk dikongsi bersama..

ianya adalah berkenaan bersugi atau pun dengan bahasa mudah nya ialah monggosok gigi,mungkin ramai dikalangan kita menganggap ianya adalah sesuatu remeh,akan tetapi tahukah kita bahawa bersugi adalah sunnah rasulullah salallahu 'alaihi wasallam yang sangat dituntut.

sebagaimana sabda rasulullah salallahu 'alaihi wasallam :


"لو لا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك"

yang bermaksud:

"kalaulah (bersugi) tidak membeban keatas umatku,nescaya akan aku perintahkan mereka untuk bersugi setiap kali hendak mengambil wuduk"
atau megikut riwayat yang lain,
"setiap kali hendak menunaikan solat"

oleh yang demikian para ulama' menyatakan bahawa,"solat sunat 2 rakaat dengan bersugi adalah lebih baik daripada solat sunat 70 rakaat tanpa bersugi"
dengan itu dapatlah kita ketahui bahawa bertapa besarnya pahala bersugi yang mungkin selama ini ramai yang menganggap bahawa bersugi adalah sesuatu yang remeh dan dengan ini jugalah dapat kita ketahui bahawa besar kelebihan amalan yang mudah ini.

"renung-renungkan dan selamat beramal"

Friday, July 2, 2010

jamuan sambil menderma...

assalamualaikum....

alhamdulillah pihak maahad darul quran telah mengadakan jamuan sambil menderma bagi mengutip sumbangan dari masyarakat ...
jamuan ini telah berlangsung pada pagi tadi di perkarangan masjid at taqwa batu 6,dan makanan yang disediakan ialah mee kari,
alhamdulillah ini telah mendapat sambutan yg menggalakkan daripada masyarakat sekitar khas nya mereka mereka yang tinggal berdekatan masjid tersebut..
syukur kerana semua nya berjalan dengan baik ,ana dan sahabat yang lain diminta oleh utz untuk membantu bagi menyiapkan mee menyusun kerusi dan sebagainya ..
alhamdulillah jamuan yang diadakan ini berlangsung bermula pukul 9 pagi sehingga pukul 3 petang dan semua nya berjalan dengan lancar .....

sekian buat pengatahuan umum ,dan akhir nya yang baik itu datang dari allah dan yang lemah dan tidak sempurna itu datang dari kelemahan diri ana sendiri .....wassalamualaikum ......

Friday, May 21, 2010

Bermula nye satu peperiksaan...

assalamualaikum..... buat semua sahabat ana ,semoga dalam keadaan sihat sejahtera dan semoga kita semua sentiasa bertaqwa kepada Allah taala amin,amin,amin....ya rabbal 'alamin..

ana minta maaf buat sahabat semua sebab dah lame x update blog ana nih....17 hb 2010 baru nie ana dan semua pelajar yg lain telah mula menghadapi peperiksaan pertengahan tahun..
dan alhamdulillah ana dapat jawab soalan2 peperiksaan dengan baik ...walau macam mane pun ade jugak skit -skit yg x dapat ana jawab dengan baik sebab x ingat ape yg ana hafal untuk peperiksaan tu..

kalau nak cerita pasal soalan ....soalan tu senang tapi nak menjawab nye tu lah yg susah...tapi kalau nak senang kenalah menghafal betul2.. dah seminggu peperiksaan berlangsung dan tinggal dua minggu je lagi untuk ana hadapi...jadi ana nak mintak kat semua sahabat yg mengenali diri ana supaya berdoa agar ana berjaya melalui peperiksaan ini dengan selamat serta sentiasa dalam keadaan bertaqwa kepada Allah taala...amin,amin,amin ...ya rabbal 'alamin...

jadi sekadar itu sajalah yg dapat dan mampu ana sampaikan ..semua yg baik dan sempurna itu datang dari Allah dan yg buruk serta x sempurna itu datang dari diri ana seorang hamba Allah yg lemah dan x berdaya nie...wallahua'lam bissawab...

Saturday, March 20, 2010

baru baru nie....

assalamualaikum ....

kepada semua sahabat ana semua.. ana mintok maaf banyak2 sebab ana lame doh nan x update blog ana nih....semoga dengan ini dapat mengubat kedukaan para sahabat ku sekalian ...

untuk pengetahuan semua baru baru nih ...pada 13-14 hb 2010 ...yang mana pada tarikh tersebut telah diadakan majlis sambutan jubli perak pas kawasan marang yang berlangsung selama 2 hari berturut turut....

2 hari tersebut diisi dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan wau bulan ,nasyid dan sebagai nya....

dan pada 19 hb 2010 telah diadakan perasmian pecah tanah komplek aspura serta diadakan sembahyang hajat di tapak tersebut.....

wallahua'lam ...moga moga dengan ini antum semua berpuas hati...akhir kata yang baik itu datang dari Allah dan yang lemah dan kurang itu datang dari kelemahan diri ana sendiri...ana mintok maaf banyok2 ....

wabillaahi taufiq wal hidaayah wassalamu 'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.....

Thursday, November 26, 2009

satu hari yang dimuliakan (al yaumul muhtaram) ....

assalamualaikum...

Allahu akbar ...Allahu akbar...Allahu akbar...Allahu akbar....
Allahu akbar ...Allahu akbar...Allahu akbar...Allahu akbar....
walillahilham...

pada hari jumaat 27 november 09 bersamaan 10 zulhijjah 1430h satu hari yang amat bermakna bagi seluruh umat islam diserata dunia...iaitu satu hari yang berlaku pada nya peristiwa diantara nabi Allah Ibrahim a.s dan anak nya nabi Ismail a.s .

sebagaimana kita tahu bahawa kisah ini sentiasa disebut pada setiap tahun..bagaimana nabi Allah Ibrahim a.s bermimpi diperintahkan Allah taala agar menyembelih anak nya nabi Ismail a.s. dan setelah sedar dari mimpi nya itu ...baginda memberitahu anak nya bahawa Allah telah memerintah kan nya agar menyembelih anak nya itu...dan tanpa banyak bersoal ..nabi Allah Ismail a.s meminta ayah nya agar melaksanakan perintah Allah subhanahu wa taala itu....

apabila nabi Ibrahim a.s hendak menyambelih anak nya nabi Ismail a.s... lalu Allah menyelamatkan nabi Ismail a.s dan menggantikan diri nya dengan seekor kibash(biri-biri)
kerana nabi Allah itu melakukan perintah Allah dengan perasaan ikhlas dan bertawakkal kepada Allah dengan sebenar2 yakin......

dan apa yang dapat kita ambil daripada kisah ini adalah bagaimana baginda melaksana kan perintah Allah dengan hati yang penuh taqwa kepada Allah taala.......
kita hendak lah mengambil iktibar dari kisah ini untuk memperkukuh kan lagi iman taqwa kita kita pada Allah taala.......

sekian sahaja pertemuan kita kali ini......apa yang baik dari Allah dan apa yang buruk lagi tidak sempurna datang dari diri ana seorang hamba Allah yang selalu mengharapkan kerdhoan daripada nya......

wallahu 'alamu bissawab......

berlalu lah sudahhh.......

assalamualaikum .....

buat semua sahabat ana yang dimuliakan. harapan ana agar antum semua berada dalam keadaan
taat kepada Allah subhanahu wa taala.
amin ...amin ....amin ya rabbal 'alamin.

alhamdulillah.....
dengan izin Allah taala ...telah berlalu nya al-imtihan akhir sanah yang semang nya agak susah bagi mereka2 tidak di permudahkan oleh Allah taala bagi diri nya...dan ana menganggap ianya satu ujian dari Allah taala terhadap diri ana .dan ana juga menganggap ia sebagai ujian bagi diri ana untuk berjaya di dunia dan hari akhirat yang pasti akan datang....

dan dengan izin Allah juga lah ana dapat menjawab semua soalan dalam semua maddah yang ana hadapi..tetapi ana juga akui bahawa terdapat sebahagian maddah yang ana tidak dapat menjawab dengan baik.dan ana rasa bahawa ianya berpunca daripada kelemahan diri ana sendiri yang lalai dengan perkara2 yang sia2 lagi membuang masa...dari menghafal perkara2 yang sepatut nya ana hafal untuk persediaan dalam imtihan nanti ...

tetapi yang sudah berlalu tidak akan kembali.tetapi walau apa pun yang terjadi ana tetap bersyukur kehadrat Allah taala kerana pada hari ini ana masih lagi mendapat dua nikmat terbesar iaitu nikmat iman & nikmat islam yang tidak terhingga.....berbanding nikmat2 yang lain2 nya.....

ana juga berharap pada Allah subhanahu wa taala agar ana mendapat keputusan yang cemerlang di dalam imtihan kali ini..ana berdoa kehadrat Allah agar dijauhkan daripada ujub ,takabbur,riak,bangga diri dan dari segala sifat mazmumah dan sentiasa berada di jalan jihad fi sabilillah....dan marilah sama2 kita berdoa....

"....Ya Allah terangi lah hatiku dengan cahaya hidayahmu ...sepertimana engkau menerangi dunia dengan cahaya matahari mu ...wahai tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasihani....."

amin...amin...amin....ya rabbal 'alamin....... taqabballallahu minna wa minkum.......

setakat ini sahaja pertemuan kita kali ini...akhir kalam apa yang baik daripada Allah dan segala apa kurang datang dari kelemahan ana sendiri...wallahu'alam....

wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.......

Thursday, September 10, 2009

bermula nya 10 ramadhan.....

assalamualaikum...

telah berlalu 20 malam dalam bulan ramadhan dan ana harap semua kawan2 ana berada dalam
keadaan sihat sejahtera serta telah melakukan pelbagai ibadah2 untuk m'dapat ganjaran di sisi
Allah swt serta tidak melakukan perkara yg sia2 melainkan perkara yg mendapat pahala daripada Allah
dan pada malam ini bermula lah 10 malam ramadhan yg di nanti2 oleh mereka yg amat mencintai syurga allah taala ,oleh itu marilah kita bersama2 berlumba2 untuk mendapat kan pahala allah yg harga nya tidak dapat dinilai oleh mereka2 yg tidak mendapat hidayah daripada Allah taala.
dan pada 10 malam ini juga , marilah kita berebut2 untuk membuat amal ibadat seperti menderma di surau2 atau di masjid2 yg berdekatan ,bertadarus al-quran ,berzikir disiang hari daripada menyebut atau menbuat perkara yg sia2 disisi Allah, serta berusaha agar tidak meninggalkan 10 malam terakhir ini kerana rasullullah saw bersabda "pada 10 malam terakhir ramadhan itu terdapat pada nya satu malam (malam al-qadar/lailatul qadar) yg lebih baik daripada seribu bulan " ila akhir...
oleh itu berusahalah bersungguh2 pada 10 malam ramadhan ini untuk melakukan amal ibadah ,
dan jika kita mengelak daripada pergi ke tempat2 maksiat serta tidak melakuakn perkara yg sia2.....
akhir kalam ...wabillahi taufiq wal hidaayah wassalamu alaikum warah matullahi wabarakaatuh....
wallahu a'lam bissawab........

Friday, August 21, 2009

Ramadhan tetamu yang dirindui....

assalamualaikum...

telah berlalulah bulan rejab yang berlaku pada nya peristiwa isra' wal mi'raj....satu peristiwa yang banyak memberi pengajaran ke[ada umat islam seluruh nya...dan berlalulah juga bulan sya'ban yang dikenali sebagai satu bulan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi bulan ramadhan iaitu tetamu yang dirindui...jadi marilah kita mengimarah bulan bulan yang mulia ini yang terdapat pada nya malam qadar(lailatul qadar)
oleh itu suka ana menyebut satu hadith mafhum nya "pada permulaan 1/3 bulan ramadhan adalah rahmat Allah subhanahu wa taala dan dipertengahan bulan ramadhan ini adalah pengampunan dari Allah serta pada akhir bulan ini dijauhkan dari neraka....ila akhir hadith.......
dan marilah kita bersama-sama beribadah kapada Allah dengan bersungguh-sungguh serta ikhlas hanya kerana Allah taala .....jadikanlah bulan ini sebagai satu bulan yang membolehkan kita berubah daripada buruk kepada baik dan yang baik kepada yang lebih baik......
wallahua'lam...

Friday, July 24, 2009

Keindahan itu merupakan seni, dan kesenian itu adalah indah...sesuatu yang dirasakan mempunyai kesempurnaan, akan merasa nikmat apabila ditatap dan apatah lagi jika dimiliki, apa pun yang terlakar bersama ketulusan..maka di situ terjalarnya keindahan...bersilang kata...lingkah kita dalam banyak perkara...biarpun kita semakin menuju kemajuan namun kita seakan anakronisme...mundur dalam banyak perkara...mula untuk lahir dalam sebuah makna yang tak ditafsirkan dengan kebijaksanaan, maka seni juga mentafsirkan bahawa telah rosaknya keindahan...dalam relungan mayarakat, suasana, dan persekitaran yang sepatutnya aman untuk tatapan mata, paling menyakitkan apabila keunggulan seni itu dipakasa tunduk pada ketidakbenaran kehendak kesenian..tidak cukup dengan itu, ia dicemar, dihilangserikan dan dipijak-pijak dek kebutaan nilaian maruah sebenar sesebuah seni..disongsangkan dengan kekerasan dan ketidakseimbangan sesuatu seni...bagiku kesenian itu amatlah lembut...ia mengurai akalmu untuk menyatakan ianya indah...ianya juga harus dipelihara dengan jiwa yang qudus, keharmonian yang tercetus itu biasanya terhasil dari

ketulusan hati yang menciptanya..